TUKAR URL BLOG: PERHATIAN

Tuesday, May 6, 2008

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE

www.nasirzakaria.com


diharap dapat link ke web yang baru

Tunaikan Amanah

Monday, May 5, 2008

Assalamu’laikum wm.wrt,


Manusia dipilih oleh Allah menjadi Khalifahnya dibumi ini. Pada masa yang sama mereka dituntut supaya mengabdikan diri kepada-Nya dalam semua tindakan sama ada dalam urusan ibadah, urusan kehidupan dan sehingga urusan kematian. Pengurus mempunyai bidang tugas yang besar dan luas antara lainnya mengatur dan mentadbir pelbagai sumber anugerah Allah supaya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh umat demi kebahagiaan kehidupan mereka yang sementara di dunia ini dan saham bekalan bagi kehidupan mereka di akhirat. Maka sewajarnya setiap individu Muslim itu mempunyai akauntabiliti terhadap apa yang dilakukan. Lebih tinggi pangkat dan kedudukan dan lebih besar autoriti yang dipegang, maka lebih besar dan lebih beratlah akauntabiliti tersebut. Untuk itu Islam meletakkan garis panduan pengurusan dan kepimpinan yang baik iaitu berteraskan kepada penghayatan konsep khilafah, ukhuwwah dan tazkiyyah (Ismail Omar, Pengurusan Sumber Asli, IDMP, 2000).

Asas kepada kepimpinan Islam mestilah menjurus kepada 3 matlamat utama yang jelas iaitu (Mustafa Daud, 1996)

Akidah–hakikat kepimpinan itu adalah amanah Allah yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap Rukun Iman yang enam yang pasti ditanya diakhirat. Yang berjaya memimpin dengan baik akan ke syurga dan yang tersasar akan ke neraka.

Syarak–mengakui dan menurut setiap syariat dan undang-undang yang diperuntukan oleh Allah didalam sumber teragung iaitu kitab Al-Quran dan Al-Hadith. Pematuhanya dikelaskan sebagai suatu ibadah seperti yang dikehendaki oleh Allah bahawa manusia itu diciptakan untuk tujuan beribadah.

Akhlak–ia adalah asas kepada kepimpinan Islam dan ianya mestilah bertunjang kepada aqidah dan syariat. Akhlak yang baik dan mulia secara langsung mencerna kepimpinan kearah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.

TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN

Kepimpinan menurut perpektif Islam bukanlah suatu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah saw pernah mengingatkan Abu Dzar Al-Ghifiri yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya:

Maksudnya : Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertangunujawabkan.

Menyedari hakikat itulah, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria, Ahli Parlimen [AP] Padang Terap telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang diamanahkan pada PRU ke-12 lalu.

Pada hari Sabtu, 19 April lalu, jadual tugasnya paling ketat dari pagi hingga ke tengah malam. Sebelah pagi sehingga petang, beliau bersama-sama wakil rakyat PAS lainnya telah mengadakan perjumpaan dengan YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Daerah Sik, Kedah.

Saya telah mengaturkan satu program untuk YB Ustaz Nasir iaitu untuk menziarahi seorang pengasas PAS di sebuah Cawangan di Daerah Padang Terap yang uzur. Saudara Arshad bin Othaman telah diserang penyakit angin ahmar. Beliau kini lumpuh dari pinggang ke bawah. Sekarang beliau bergerak menggunakan kerusi roda.

Program ini bermula dengan sembahyang berjemaah maghrib dan diikuti penyampaian sumbangan peribadi merupakan bahan-bahan makanan dan duit sagu hati. Diakhiri jamuan ringgan. Selepas itu, beliau beredar untuk menghadiri dua lagi program yang melibatkan beliau di kampung yang berlainan dalam Daerah yang sama. Ikuti gambar-gambar keprihatin beliau itu :




“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Forum: “Cabaran Wakil Rakyat Dalam Membawa Isu-isu Belia”


Alhamdulillah baru-baru ini saya sempat berforum bersama-sama dengan sahabat-sahabat ahli parlimen yang lain antaranya Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan YB Jenice Lee (Adun Teratai). Manakala seorang lagi jemputan iaitu Datuk Saifuddin Abdullah tidak hadir dalam forum ini.

MUNAJAT TUAN GURU

Wednesday, March 12, 2008

Mursyidku, Guruku, Pemimpinku
TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

JAMUAN RAKYAT -TERIMA KASIH SEMUA

JAMUAN RAKYAT
TARIKH: 14 HB MAC 2008
MASA: 3-5 PETANG
HARI : JUMAAT
TEMPAT: KOMPLEKS PAS PADANG TERAP, BAROHKAS, PEDU
SELURUH RAKYAT PADANG TERAP DAN LUAR PADANG TERAP
AHLI SEMUA PARTI POLITIK; BA, BN, PAS, PKR, DAP, PSM DAN YANG TAK BERPARTI
SEMUA PENGANUT AGAMA DAN SEMUA BANGSA
MAI CHEK OIII.... JANGAN TAK MAI

JUTAAN TERIMA KASIH

Kuala Lumpur: Setelah 4 hari berlalu, baru ada kesempatan melihat semua komen, sarana, ucapan tahniah dan takziah para pengunjung dan sahabat.

Catatan 1

Terima kasih, thank you, arigato, sese, sawaaddi dan syukran.
Itulah yang mampu saya katakan kepada kalian
Para pengundi yang berusaha pulang dan buat perubahan
Pendoa kemenangan yang menadah tangan ke hadrat Tuhan
Ahli zikir yang berzikir siang malam pagi dan petang
Pencinta perubahan yang istiqamah menyeru tamatkan kezaliman
Penderma yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan
Penceramah yang bertungkus-lumus menyebarkan tawaran dan membongkar kebejatan
Ibu-ibu dan anak kecil yang menangis berdoa memohon bantuan
Pemuda-pemudi generasi penerus zaman nadi perjuangan
Kawan rakan, naqib-naqib, guru dan teman-teman yang terus memberi panduan dan sokongan
Tak kira pengkritik, pencadang dari PAS, UMNO, PKR atau Pembangkang
Tak kira Melayu, Cina, India ataupun Siam
Anda semua EJEN PENJANA KEMENANGAN

Perarakan di Padang Terap

Tuesday, March 4, 2008

video

 
Ustaz Nasir - Wordpress Themes is powered by WordPress. Theme designed by Web Hosting Geeks and Top WordPress Themes.
por Templates Novo Blogger