SEPUTAR KEMPEN-PASAR MALAM

Wednesday, February 27, 2008

Sebahagian kecil perjalanan kempen Ustaz Nasir Calon P 007 Padang Terap
dan Ustaz Zawawi Calon N 07 Kuala Nerang

Ustaz Nasir Sedang bertanyakan harga udang mentah. Sejenis udang yang hanya boleh didapati di dalam bendang atau sawah. Udang ini kalau dibuat air asam.... Memang kaw punya. meleleh beb.. Ia adalah antara makanan tradisioanal kegemaran Ustaz Nasir. Dah lama dah... Tapi ia sudah hampir tinggal sejarah. Inilah akibat kekejaman BN. Udang pun pupus.
Ustaz Nasir bergambar bersama barisan pemandu teksi. Ya... mereka hanya mampu miliki teksi. Ada orang yang miliki jet peribadi... RM200 juta beb.. Fuhh.. RM35 juta internal design sahaja. So 235 juta laa. Katanya boleh bawa 2-4 orang saja. Boleh bikin rumah sebanyak 29 000 unit untuk rakyat Padang Terap. Pengundi Padang Terap lebih kurang 36 000. TAPI..... PERDANA MENTERI dan Jeane lebih penting dari rakyat Padang Terap... So.... Dah lama dah...

Calon P 007 Padang Terap bersama Calon N 07 Kuala Nerang. Beliau ialah Ust Zawawi Haji Ahmad. Beliau pernah mengalahkan Datuk Ghazali Ibrahim pada PRU 10 bagi Parlimen Padang Terap. Sekarang Dato Li dah dapat Datuk Paduka dah. Mampukah sejarah berulang. Adakah rakyat Padang Terap akan memilih dan memberi sokongan kepada Ustaz Nasir? Doakan...


Ustaz Nasir di satu Majlis Ceramah memperkenalkan calon. Di belakang beliau berjanggut dan berserban merah ialah Ust Radhi Abd Rahman. Rakan, guru, naqib dan teman seperjuangan

0 Comments:

 
Ustaz Nasir - Wordpress Themes is powered by WordPress. Theme designed by Web Hosting Geeks and Top WordPress Themes.
por Templates Novo Blogger