LAGI GAMBAR Kempen Calon PAS, Calon Kita di Parlimen Padang Terap

Thursday, February 28, 2008

Ustaz Nasir bersama warga tua di 'Nat' (pasar) Kuala Nerang.


Kanak-kanak ini turut memerhatikan calon PAS sedang beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di 'Nat' Kuala Nerang.
Serius sahaja kedua-dua mereka. Berbincang strategi pilihanraya kot!
Tua dan muda, kesemuanya mendapat perhatian daripada Ustaz Nasir.
Tak lupa juga para peniaga 'Nat' mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan bakal wakil rakyat mereka, InsyaAllah.

Warga wanita di Kuala Nerang turut mahu berkenalan dengan Ustaz Nasir.

Beginilah sokongan kepada Ustaz Nasir, sambil memandu pun boleh berhenti bertanya khabar kepada calon PAS untuk Parlimen Padang Terap.
Foto oleh Syarif Hidayatullah.

SEPUTAR KEMPEN- Pekan Kuala Nerang

Wednesday, February 27, 2008

Kelihatan tiga jejaka Padang Terap sedang menikmati pemandangan
kempen PRU 12 P 007 Padang Terap

Ustaz Mohd Nasir Zakaria dan Tuan Haji Munir Zakaria NYDP PAS Padang Terap.

Beliau adalah bekas YB N 07 Kuala Nerang. Beliau memenangi kerusi N 07 pada PRU 10


Kelihatan calon sedang 'mengayat' beberapa pengundi di pasar malam Pokok Macang.


Kempen, kempen dan teruskan kempen. Moga berjaya. Amiiin

SEPUTAR KEMPEN-PASAR MALAM

Sebahagian kecil perjalanan kempen Ustaz Nasir Calon P 007 Padang Terap
dan Ustaz Zawawi Calon N 07 Kuala Nerang

Ustaz Nasir Sedang bertanyakan harga udang mentah. Sejenis udang yang hanya boleh didapati di dalam bendang atau sawah. Udang ini kalau dibuat air asam.... Memang kaw punya. meleleh beb.. Ia adalah antara makanan tradisioanal kegemaran Ustaz Nasir. Dah lama dah... Tapi ia sudah hampir tinggal sejarah. Inilah akibat kekejaman BN. Udang pun pupus.
Ustaz Nasir bergambar bersama barisan pemandu teksi. Ya... mereka hanya mampu miliki teksi. Ada orang yang miliki jet peribadi... RM200 juta beb.. Fuhh.. RM35 juta internal design sahaja. So 235 juta laa. Katanya boleh bawa 2-4 orang saja. Boleh bikin rumah sebanyak 29 000 unit untuk rakyat Padang Terap. Pengundi Padang Terap lebih kurang 36 000. TAPI..... PERDANA MENTERI dan Jeane lebih penting dari rakyat Padang Terap... So.... Dah lama dah...

Calon P 007 Padang Terap bersama Calon N 07 Kuala Nerang. Beliau ialah Ust Zawawi Haji Ahmad. Beliau pernah mengalahkan Datuk Ghazali Ibrahim pada PRU 10 bagi Parlimen Padang Terap. Sekarang Dato Li dah dapat Datuk Paduka dah. Mampukah sejarah berulang. Adakah rakyat Padang Terap akan memilih dan memberi sokongan kepada Ustaz Nasir? Doakan...


Ustaz Nasir di satu Majlis Ceramah memperkenalkan calon. Di belakang beliau berjanggut dan berserban merah ialah Ust Radhi Abd Rahman. Rakan, guru, naqib dan teman seperjuangan

PADANG TERAP: ANTARA DUA DARJAT

RAKYAT PADANG TERAP....
Lihatlah kemewahan pemimpin anda..... dan kedaifan saudara-mara saudara kita di Padang Terap.


Sebuah rumah tersergam indah di celah-celah kemiskinan dan kemelaratan rakyat Padang Terap. Sebuah Daerah antara paling miskin di Malaysia.
Rumah betul ka niee!!
Sesikat pisang tersadai di celah dinding yang hampir roboh. Mengapa kita nak biarkan derita ini berpanjangan...

Rumah pemimpin mesti kukuh, canggih dan inovatif.

Lambang bahawa BN mampu bawa kemajuan



Sistem kapitalis. Yang kaya terus KAYA. Yang Miskin terus Papa Kedana

Lawatan ke UPU


Bersama pemimpin-pemimpin PAS Cawangan dari UPU Belimbing.

Mereka bekerja keras demi kemenangan Islam.

LAMBANG PAS DULU-DULU


 
Ustaz Nasir - Wordpress Themes is powered by WordPress. Theme designed by Web Hosting Geeks and Top WordPress Themes.
por Templates Novo Blogger