Tunaikan Amanah
Monday, May 5, 2008
Assalamu’laikum wm.wrt,
Manusia dipilih oleh Allah menjadi Khalifahnya dibumi ini. Pada masa yang sama mereka dituntut supaya mengabdikan diri kepada-Nya dalam semua tindakan sama ada dalam urusan ibadah, urusan kehidupan dan sehingga urusan kematian. Pengurus mempunyai bidang tugas yang besar dan luas antara lainnya mengatur dan mentadbir pelbagai sumber anugerah Allah supaya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh umat demi kebahagiaan kehidupan mereka yang sementara di dunia ini dan saham bekalan bagi kehidupan mereka di akhirat. Maka sewajarnya setiap individu Muslim itu mempunyai akauntabiliti terhadap apa yang dilakukan. Lebih tinggi pangkat dan kedudukan dan lebih besar autoriti yang dipegang, maka lebih besar dan lebih beratlah akauntabiliti tersebut. Untuk itu Islam meletakkan garis panduan pengurusan dan kepimpinan yang baik iaitu berteraskan kepada penghayatan konsep khilafah, ukhuwwah dan tazkiyyah (Ismail Omar, Pengurusan Sumber Asli, IDMP, 2000).
Asas kepada kepimpinan Islam mestilah menjurus kepada 3 matlamat utama yang jelas iaitu (Mustafa Daud, 1996)
Akidah–hakikat kepimpinan itu adalah amanah Allah yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap Rukun Iman yang enam yang pasti ditanya diakhirat. Yang berjaya memimpin dengan baik akan ke syurga dan yang tersasar akan ke neraka.
Syarak–mengakui dan menurut setiap syariat dan undang-undang yang diperuntukan oleh Allah didalam sumber teragung iaitu kitab Al-Quran dan Al-Hadith. Pematuhanya dikelaskan sebagai suatu ibadah seperti yang dikehendaki oleh Allah bahawa manusia itu diciptakan untuk tujuan beribadah.
Akhlak–ia adalah asas kepada kepimpinan Islam dan ianya mestilah bertunjang kepada aqidah dan syariat. Akhlak yang baik dan mulia secara langsung mencerna kepimpinan kearah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.
TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN
Kepimpinan menurut perpektif Islam bukanlah suatu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah saw pernah mengingatkan Abu Dzar Al-Ghifiri yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya:
Maksudnya : Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertangunujawabkan.
Menyedari hakikat itulah, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria, Ahli Parlimen [AP] Padang Terap telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang diamanahkan pada PRU ke-12 lalu.
Pada hari Sabtu, 19 April lalu, jadual tugasnya paling ketat dari pagi hingga ke tengah malam. Sebelah pagi sehingga petang, beliau bersama-sama wakil rakyat PAS lainnya telah mengadakan perjumpaan dengan YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Daerah Sik, Kedah.
Saya telah mengaturkan satu program untuk YB Ustaz Nasir iaitu untuk menziarahi seorang pengasas PAS di sebuah Cawangan di Daerah Padang Terap yang uzur. Saudara Arshad bin Othaman telah diserang penyakit angin ahmar. Beliau kini lumpuh dari pinggang ke bawah. Sekarang beliau bergerak menggunakan kerusi roda.
Program ini bermula dengan sembahyang berjemaah maghrib dan diikuti penyampaian sumbangan peribadi merupakan bahan-bahan makanan dan duit sagu hati. Diakhiri jamuan ringgan. Selepas itu, beliau beredar untuk menghadiri dua lagi program yang melibatkan beliau di kampung yang berlainan dalam Daerah yang sama. Ikuti gambar-gambar keprihatin beliau itu :
“PROTES SAMPAI TURUN”
Posted by Nasir Zakaria at 6:23 PM 0 comments
Labels: Diari YB
Forum: “Cabaran Wakil Rakyat Dalam Membawa Isu-isu Belia”
Alhamdulillah baru-baru ini saya sempat berforum bersama-sama dengan sahabat-sahabat ahli parlimen yang lain antaranya Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan YB Jenice Lee (Adun Teratai). Manakala seorang lagi jemputan iaitu Datuk Saifuddin Abdullah tidak hadir dalam forum ini.
Posted by Nasir Zakaria at 6:00 PM 0 comments
Labels: Diari YB
JAMUAN RAKYAT -TERIMA KASIH SEMUA
Posted by Nasir Zakaria at 5:41 AM 0 comments
JUTAAN TERIMA KASIH
Kuala Lumpur: Setelah 4 hari berlalu, baru ada kesempatan melihat semua komen, sarana, ucapan tahniah dan takziah para pengunjung dan sahabat.
Catatan 1
Terima kasih, thank you, arigato, sese, sawaaddi dan syukran.
Itulah yang mampu saya katakan kepada kalian
Para pengundi yang berusaha pulang dan buat perubahan
Pendoa kemenangan yang menadah tangan ke hadrat Tuhan
Ahli zikir yang berzikir siang malam pagi dan petang
Pencinta perubahan yang istiqamah menyeru tamatkan kezaliman
Penderma yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan
Penceramah yang bertungkus-lumus menyebarkan tawaran dan membongkar kebejatan
Ibu-ibu dan anak kecil yang menangis berdoa memohon bantuan
Pemuda-pemudi generasi penerus zaman nadi perjuangan
Kawan rakan, naqib-naqib, guru dan teman-teman yang terus memberi panduan dan sokongan
Tak kira pengkritik, pencadang dari PAS, UMNO, PKR atau Pembangkang
Tak kira Melayu, Cina, India ataupun Siam
Anda semua EJEN PENJANA KEMENANGAN
Posted by Nasir Zakaria at 5:17 AM 0 comments
Monday, March 3, 2008
Pinang dijemur sehingga kering. Satu perniagaan kecil-kecilan. Pinang belah yang sudah kering dijemur dijual sehingga ke Perak dengan harga sema RM 1.50 sekilo

Ustaz Nasir sedang berkempen bersama calon UMNO bagi N07 Kuala Nerang, Dato' Syed Sobri bin Syed Hashim. Beliau ialah Timb. Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Seorang jutawan yang dikatakan rapat dengan Syed Razak, bekas MB Kedah. Bersama mereka ialah Sdr Ibrahim, tokey sekerap, Tn Hj Munir, tokey Emas dan Sdr. Zun, tokey macam-macam.
Posted by Nasir Zakaria at 11:37 AM 0 comments
Sekitar Kuala Nerang dan Pedu
Bangunan Umno yang berdiri gagah di tengah Bandar Kuala Nerang. Harganya mencecah RM3 juta katanya. Umno memang banyak duit ka??? Taktaula Paklong nak kata...
Bersama calon N08 Pedu, Ir Zamri. Berada di Pos dekat Nami
Berkempen bersama salah seorang campaign manager, Pak Tam Li. Seorang tokoh lama yang sangat terkenal. Pemburu dan pengembara.
Seorang Tok Bomoh dan Perawat Islam Terkenal di Padang Terap sedang menggobek pinang menggunakan gobek buluh. Pinang lemak akan digobek sehingga hancur. Pinang akan dimamah dengan daun sireh bercampur kapur makan sehingga airnya bertukar menjadi merah. Air pinang bercampur sireh boleh menguruskan badan, menguatkan gigi dan menenangkan pemikiran. Airnya juga boleh disembur kepada luka-luka dan amat mujarab. Apabila dibacakan doa-doa tertentu ia akan menjadi lebih berkesan. Untuk mendapatkan khidmat bomoh ini... hubungi ana melalui blog ini.
Posted by Nasir Zakaria at 11:14 AM 0 comments
Gambar-gambar pelik padang Terap
Kucing hitam sedang tidur di atas pangkin. Sebenarnya ada sejenis spesis durian yang terkenal dinamakan 'Kucing Tidur'. Mungkin ada kaitan dengan kucing ini.... Kucing itu tak penting, yang penting ialah duriannya... Lepas PRU 12, kita cari durian kucing tidur.
Paklong berjanggut sedang menurunkan ilmu kepada Calon P007 Padang Terap. Sebelah beliau ialah Saudara Zun Awang Long Ceng. Seorang saudagar handphone, beras, gula, ikan dan minyak terkenal. Ya Allah... Murahkan rezeki, panjangkan umur dan matikan beliau dalam imaaan.
Posted by Nasir Zakaria at 10:40 AM 0 comments
Gambar-gambar baru
Sunday, March 2, 2008
Bersama Ustaz Azizan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Setiausaha PAS Kedah Sdr Yusof Husin. Kedua-duanya banyak memberi tunjuk ajar kepada Ustaz Nasir. Ini adalah salah satu scene lawatan mengejut PJ ke MTD Pedu. Terima kasih, arigato, sese, swaddee, syukran, syukriya, thank you wahai pemimpin2 ku dan dan pemimpin ummat..

Generasi Padang Terap akan datang. Adakah kehidupan mereka lebih terbela... Atau mereka hidup untuk membayar hutang yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin rakus mereka.. Hutang Negeri Kedah melebihi 1000 juta. Balak dah hampir habis dikaut.. ratusan lori balak merayap saban hari dari Hutan Daerah Padang Terap. Kawasan tadahan hujan terganggu, ekosistem terganggau, flora dan fauna terancam. Ya BN.... Biarkan??
Ustaz Nasir berbaju hijau kuning bergambar bersama satu team bolasepak kampung. Bersama bola baru... Main beb... Main musti sungguh2. ustaz Nasir pernah dilatih oleh penolong jurulatih Hijau Kuning Balachandran suatu ketika dulu. Peminat setia hijau kuning hingga kini...
Bersama Ustaz Azizan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Beliau ialah MB menanti... Sebelah kanan beliau ialah Ustaz Nasir. Sebelah Kiri ialah Pengerusi PKR Kedah merangkap Calon N 08 Pedu, kekanda Ir Zamri. Beliau ada juga pertalian keluarga dengan Ustaz Nasir. Tapi tak tau la berapa pupu..
Posted by Nasir Zakaria at 5:11 PM 1 comments
Makhluk-makhluk 'kerdil' lagi Teraniaya di Padang Terap


Burung Tiong Emas. Suaranya sedap, lidahnya boleh diasah dengan buluh ataui sejenis daun.
Akhirnya boleh bagi Salam. Tapi, burung mana ada faham....

Ayam ini sedang mengeram di dalam sejenis flora yang terkenal iaitu Tanduk Rusa. Boleh dijual dengan harga ratusan ringgit bahkan mencecah ribuan ringgit. Yang menyedihkan ialah ayam.... Mungkin sedang merenung memikirkan nasib generasi anak cucunya. Ia tidak mampu menikmati nikmat kemerdekaan. Semua hasil mahsul dikaut oleh pemimpin yang rakus dan kroni-kroni mereka.
Posted by Nasir Zakaria at 10:06 AM 0 comments
KEMPEN 2 MAC USTAZ NASIR

Bersama Tuan Guru Pak Teh Mat. Seorang ulamak yang sangat berpengaruh di Daerah Padang Terap. Mengasaskan Sekolah Agama Ahmadiah Padang Nyior Kuala Nerang yang melahirkan ribuan pemimpin dan cendekiawan Islam Padang Terap. Juga mengasaskan pengajian pondok. Beliau sedang memimpin majlis Tahlil. Ustaz Nasir membacakan doanya. Manakal Dato' Li dah lama blah...

Bersama Saiful Idham. Ketua Pemuda Parti KeAdilan Rakyat Negeri Kedah di Majlis Ceramah di Kampung Kubang Kenyeng dalam UPU Tandop Besar.
Posted by Nasir Zakaria at 9:42 AM 0 comments
Macam-macam
Friday, February 29, 2008

Sebuah rumah yang hampir roboh. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah untuk rumah rakyat. Bukan untuk bail out kompeni kroni. persetankan rakyat.... perjuangan sesetengah pemimpin hanyalah UNTUK PERUT DAN BAWAH PERUT...
Ini ialah kepuk padi atau jelapang padi. tempat simpanan padi bagi keluarga yang mengerjakan bendang atau sawah. Setiap musim padi selepas padi di'perun', iaitu proses mengasingkan padi yang hampa atau tidak berisi dengan padi yang bernas atau baik. Proses memerun biasanya dibuat secara besar-besaran dengan menggunakan kipas yang akan dipusing menggunakan kaki. Selepas itu, padi akan disimpan di jelapanglah... Keluarga tersebut akan keluarkan sedikit demi sedikit padi untuk ditumbuk untuk mengasingkan kulit padi dan isi padi. Isi padi itulah dinamakan beras. padi yang berbaki di akhir musim akan dibuat kenduri. kalu disimpan terlalu lama, ia akan dinamakan padi usang. sekarang ia hanya sejarah... BERNAS DAH KONTROL PASARAN PADI.
Seekor burung terkukur. Ia adalah kegilaan sebahagian penduduk di sini. Suaranya adalah igauan pencinta seni suara burung. Kuk-kuknya adalh mimpi indah pemiliknya. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Hanya peminat burung yang mampu mengungkapkan ketagihan itu.... saya tak minat... macam siksa dia... Lagipun kakinya ditambat...

Beberapa ekor ayam. Zaman dulu menyabung ayam atau orang sini panggil 'berlaga ayam' adalah fenomena. Tengok ayam berlaga adalah satu kepuasan. Melihat ayam menikam lawan dengan paruh dan tajinya yang tajam adalah satu kesenian. kadang-kala taji disapu racun yang berbisa. Bila musuh ditikam, racun akan meresap, mematikan sistem orgam badan ayam, lalu ayampun terkeoklah. Zalim... dan zalimm...
Posted by Nasir Zakaria at 12:06 PM 0 comments
Bendera- Perang Psikologi
Posted by Nasir Zakaria at 11:59 AM 0 comments
Gambar 1 Mac





Posted by Nasir Zakaria at 11:35 AM 0 comments
LAGI KEMPEN Calon PAS sekitar Parlimen Padang Terap
Thursday, February 28, 2008
Tuan Haji Awang Samad Ali, satu fenomena baru Padang Terap. Bekas pimpinan UMNO Bahagian Padang Terap. 37 tahun dalam UMNO. Bersinting lengan membantu calon PAS dan PKR. Punyai pertalian keluarga dengan Ustaz Nasir. Beliau ialah Timb Ketua Bahagian PKR Padang Terap.
Bersama pemuda warga Thai di satu majlis. Tanpa takut dan bimbang. Sokongan padu dan terbuka kepada Ustaz Nasir dan Ir Zamri calon DUN Pedu. Mereka adalah bumiputera yang sama dengan Melayu. Turut teraniaya akibat sistem korup pujaan pemimpin Korup tak kira bangsa. Islam haramkan kezaliman kepada semua, tak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Hatta kepada binatang dan tumbuhan.
Makanlah wahai rakyat. Ini adalah makanan paling sedap bagi kamu. Pemimpin kamu adik dia ada Restoran Nasi kandar di Australia. Dia pergi rasmi ketika rakyat Johor bergelumang dengan musibah banjir besar. Kalau dia lapar dia pi makan di sana. Dia pi naik jet harga 235 juta. Kalau nak makan angin dia pi Turki Naik Kapal Layar nama Cobra dengan Jeane dia. Lepas sebulan restoran pun tutup. Awat jadi lagutu???

Bersama pemimpin masyarakat Thai. Dia berazam nak wujudkan Malaysia Baru. Tanpa takut, tanpa bimbang dan ragu. Ya... Malaysia Untuk Semua. Bukan lagi untuk pemimpin dan kroni sahaja.

Calon dijamu selera dengan gulai ikan temenung campur terung. Fuhh, wa cakap lu. tangkap leleh. Ikan temenung pun dah RM6 lani. Tahun lepas RM3. Ya BN la katakan.... Barang Naik, Berapa Naik?, Banyak Naik, Bila Naik? LEPAS PILIHANRAYA PASTI NAIK. LEPAS TU APA LAGI NAIK? RAKYAT NAIK MINYAK!!


Posted by Nasir Zakaria at 6:32 PM 0 comments