Macam-macam

Friday, February 29, 2008

Tahukah tuan-tuan apa yang ditarik oleh budak kecil ini? Ia adalah seekor 'kerbau'. Satu permainan tradisional zaman dulu-dulu. Ia dibuat dari pelepah kelapa dan sabut buah kelapa. Ia setaraf dengan permainan galah panjang, congkak, tarik upih, main sorok-sorok atau acilut serta tahan cereding burung. Penulis tak sangka ia masih wujud ketika anak-anak sudah terdedah dengan teknologi maklumat dan permainan remote. Alangkah daifnya daerah terasing 'Padang Terap' ini.

Sebuah rumah yang hampir roboh. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah untuk rumah rakyat. Bukan untuk bail out kompeni kroni. persetankan rakyat.... perjuangan sesetengah pemimpin hanyalah UNTUK PERUT DAN BAWAH PERUT...

Ini ialah kepuk padi atau jelapang padi. tempat simpanan padi bagi keluarga yang mengerjakan bendang atau sawah. Setiap musim padi selepas padi di'perun', iaitu proses mengasingkan padi yang hampa atau tidak berisi dengan padi yang bernas atau baik. Proses memerun biasanya dibuat secara besar-besaran dengan menggunakan kipas yang akan dipusing menggunakan kaki. Selepas itu, padi akan disimpan di jelapanglah... Keluarga tersebut akan keluarkan sedikit demi sedikit padi untuk ditumbuk untuk mengasingkan kulit padi dan isi padi. Isi padi itulah dinamakan beras. padi yang berbaki di akhir musim akan dibuat kenduri. kalu disimpan terlalu lama, ia akan dinamakan padi usang. sekarang ia hanya sejarah... BERNAS DAH KONTROL PASARAN PADI.

Seekor burung terkukur. Ia adalah kegilaan sebahagian penduduk di sini. Suaranya adalah igauan pencinta seni suara burung. Kuk-kuknya adalh mimpi indah pemiliknya. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Hanya peminat burung yang mampu mengungkapkan ketagihan itu.... saya tak minat... macam siksa dia... Lagipun kakinya ditambat...


Beberapa ekor ayam. Zaman dulu menyabung ayam atau orang sini panggil 'berlaga ayam' adalah fenomena. Tengok ayam berlaga adalah satu kepuasan. Melihat ayam menikam lawan dengan paruh dan tajinya yang tajam adalah satu kesenian. kadang-kala taji disapu racun yang berbisa. Bila musuh ditikam, racun akan meresap, mematikan sistem orgam badan ayam, lalu ayampun terkeoklah. Zalim... dan zalimm...

0 Comments:

 
Ustaz Nasir - Wordpress Themes is powered by WordPress. Theme designed by Web Hosting Geeks and Top WordPress Themes.
por Templates Novo Blogger