TUKAR URL BLOG: PERHATIAN

Tuesday, May 6, 2008

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE

www.nasirzakaria.com


diharap dapat link ke web yang baru

Tunaikan Amanah

Monday, May 5, 2008

Assalamu’laikum wm.wrt,


Manusia dipilih oleh Allah menjadi Khalifahnya dibumi ini. Pada masa yang sama mereka dituntut supaya mengabdikan diri kepada-Nya dalam semua tindakan sama ada dalam urusan ibadah, urusan kehidupan dan sehingga urusan kematian. Pengurus mempunyai bidang tugas yang besar dan luas antara lainnya mengatur dan mentadbir pelbagai sumber anugerah Allah supaya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh umat demi kebahagiaan kehidupan mereka yang sementara di dunia ini dan saham bekalan bagi kehidupan mereka di akhirat. Maka sewajarnya setiap individu Muslim itu mempunyai akauntabiliti terhadap apa yang dilakukan. Lebih tinggi pangkat dan kedudukan dan lebih besar autoriti yang dipegang, maka lebih besar dan lebih beratlah akauntabiliti tersebut. Untuk itu Islam meletakkan garis panduan pengurusan dan kepimpinan yang baik iaitu berteraskan kepada penghayatan konsep khilafah, ukhuwwah dan tazkiyyah (Ismail Omar, Pengurusan Sumber Asli, IDMP, 2000).

Asas kepada kepimpinan Islam mestilah menjurus kepada 3 matlamat utama yang jelas iaitu (Mustafa Daud, 1996)

Akidah–hakikat kepimpinan itu adalah amanah Allah yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap Rukun Iman yang enam yang pasti ditanya diakhirat. Yang berjaya memimpin dengan baik akan ke syurga dan yang tersasar akan ke neraka.

Syarak–mengakui dan menurut setiap syariat dan undang-undang yang diperuntukan oleh Allah didalam sumber teragung iaitu kitab Al-Quran dan Al-Hadith. Pematuhanya dikelaskan sebagai suatu ibadah seperti yang dikehendaki oleh Allah bahawa manusia itu diciptakan untuk tujuan beribadah.

Akhlak–ia adalah asas kepada kepimpinan Islam dan ianya mestilah bertunjang kepada aqidah dan syariat. Akhlak yang baik dan mulia secara langsung mencerna kepimpinan kearah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.

TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN

Kepimpinan menurut perpektif Islam bukanlah suatu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah saw pernah mengingatkan Abu Dzar Al-Ghifiri yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya:

Maksudnya : Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertangunujawabkan.

Menyedari hakikat itulah, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria, Ahli Parlimen [AP] Padang Terap telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang diamanahkan pada PRU ke-12 lalu.

Pada hari Sabtu, 19 April lalu, jadual tugasnya paling ketat dari pagi hingga ke tengah malam. Sebelah pagi sehingga petang, beliau bersama-sama wakil rakyat PAS lainnya telah mengadakan perjumpaan dengan YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Daerah Sik, Kedah.

Saya telah mengaturkan satu program untuk YB Ustaz Nasir iaitu untuk menziarahi seorang pengasas PAS di sebuah Cawangan di Daerah Padang Terap yang uzur. Saudara Arshad bin Othaman telah diserang penyakit angin ahmar. Beliau kini lumpuh dari pinggang ke bawah. Sekarang beliau bergerak menggunakan kerusi roda.

Program ini bermula dengan sembahyang berjemaah maghrib dan diikuti penyampaian sumbangan peribadi merupakan bahan-bahan makanan dan duit sagu hati. Diakhiri jamuan ringgan. Selepas itu, beliau beredar untuk menghadiri dua lagi program yang melibatkan beliau di kampung yang berlainan dalam Daerah yang sama. Ikuti gambar-gambar keprihatin beliau itu :




“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Forum: “Cabaran Wakil Rakyat Dalam Membawa Isu-isu Belia”


Alhamdulillah baru-baru ini saya sempat berforum bersama-sama dengan sahabat-sahabat ahli parlimen yang lain antaranya Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan YB Jenice Lee (Adun Teratai). Manakala seorang lagi jemputan iaitu Datuk Saifuddin Abdullah tidak hadir dalam forum ini.

MUNAJAT TUAN GURU

Wednesday, March 12, 2008

Mursyidku, Guruku, Pemimpinku
TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

JAMUAN RAKYAT -TERIMA KASIH SEMUA

JAMUAN RAKYAT
TARIKH: 14 HB MAC 2008
MASA: 3-5 PETANG
HARI : JUMAAT
TEMPAT: KOMPLEKS PAS PADANG TERAP, BAROHKAS, PEDU
SELURUH RAKYAT PADANG TERAP DAN LUAR PADANG TERAP
AHLI SEMUA PARTI POLITIK; BA, BN, PAS, PKR, DAP, PSM DAN YANG TAK BERPARTI
SEMUA PENGANUT AGAMA DAN SEMUA BANGSA
MAI CHEK OIII.... JANGAN TAK MAI

JUTAAN TERIMA KASIH

Kuala Lumpur: Setelah 4 hari berlalu, baru ada kesempatan melihat semua komen, sarana, ucapan tahniah dan takziah para pengunjung dan sahabat.

Catatan 1

Terima kasih, thank you, arigato, sese, sawaaddi dan syukran.
Itulah yang mampu saya katakan kepada kalian
Para pengundi yang berusaha pulang dan buat perubahan
Pendoa kemenangan yang menadah tangan ke hadrat Tuhan
Ahli zikir yang berzikir siang malam pagi dan petang
Pencinta perubahan yang istiqamah menyeru tamatkan kezaliman
Penderma yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan
Penceramah yang bertungkus-lumus menyebarkan tawaran dan membongkar kebejatan
Ibu-ibu dan anak kecil yang menangis berdoa memohon bantuan
Pemuda-pemudi generasi penerus zaman nadi perjuangan
Kawan rakan, naqib-naqib, guru dan teman-teman yang terus memberi panduan dan sokongan
Tak kira pengkritik, pencadang dari PAS, UMNO, PKR atau Pembangkang
Tak kira Melayu, Cina, India ataupun Siam
Anda semua EJEN PENJANA KEMENANGAN

Perarakan di Padang Terap

Tuesday, March 4, 2008

profile Calon P007

Monday, March 3, 2008

Bersama Abang Sham dan Abang Mat . Dua Pupu Calon di Kuala Tekai. Sebelah Ustaz Nasir ialah Maksu Esah. Makcik pupu Ustaz Nasir. Pertemuan yang menghubungkan tali keturunan Hj Jaafar bin Hj Wan Mustafa.

Pinang dijemur sehingga kering. Satu perniagaan kecil-kecilan. Pinang belah yang sudah kering dijemur dijual sehingga ke Perak dengan harga sema RM 1.50 sekilo


Calon N07 Kuala Nerang Ustaz Zawawi sedang berceramah dan berkempen di Barohkas. Ustaz Nasir, Tn Hj Awang Samad sedang sabar menunggu. Pak Coh, Ketua UPU Barohkas berada di tengah.

Ustaz Nasir sedang berkempen bersama calon UMNO bagi N07 Kuala Nerang, Dato' Syed Sobri bin Syed Hashim. Beliau ialah Timb. Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Seorang jutawan yang dikatakan rapat dengan Syed Razak, bekas MB Kedah. Bersama mereka ialah Sdr Ibrahim, tokey sekerap, Tn Hj Munir, tokey Emas dan Sdr. Zun, tokey macam-macam.

Sekitar Kuala Nerang dan Pedu

Bangunan Umno yang berdiri gagah di tengah Bandar Kuala Nerang. Harganya mencecah RM3 juta katanya. Umno memang banyak duit ka??? Taktaula Paklong nak kata...


Bersama calon N08 Pedu, Ir Zamri. Berada di Pos dekat Nami


Berkempen bersama salah seorang campaign manager, Pak Tam Li. Seorang tokoh lama yang sangat terkenal. Pemburu dan pengembara.

Seorang Tok Bomoh dan Perawat Islam Terkenal di Padang Terap sedang menggobek pinang menggunakan gobek buluh. Pinang lemak akan digobek sehingga hancur. Pinang akan dimamah dengan daun sireh bercampur kapur makan sehingga airnya bertukar menjadi merah. Air pinang bercampur sireh boleh menguruskan badan, menguatkan gigi dan menenangkan pemikiran. Airnya juga boleh disembur kepada luka-luka dan amat mujarab. Apabila dibacakan doa-doa tertentu ia akan menjadi lebih berkesan. Untuk mendapatkan khidmat bomoh ini... hubungi ana melalui blog ini.

Gambar-gambar pelik padang Terap

Para Petugas sedang berehat dengan aman... Simple.. Hanya beralaskan tikar mengkuang. Sejenis tikar yang dianyam menggunakan daun mengkuang. Sejenis pokok yang berduri yang tumbuh dekat sawah padi. Daunnya dipotong, durinya dibuang, seterusnya daunnya akan direndam sehingga lembut. Daun kemudiannya akan dijemur sehingga kering dan diraut halus. Mengayam daun ini memerlukan kepakaran tersendiri. Kadang-kadang daun akan direndam didalam pewarna. Ia akan menghasilkan corak yang menarik. Itu tak penting... Yang penting ialah tiduuur. Cuba perhatikan baik-baik. Beberapa orang petuga pula sedang bermunajat kepada Allah agar diberi kemenangan kepada Islam. Takbiiiiir!!!



Kucing hitam sedang tidur di atas pangkin. Sebenarnya ada sejenis spesis durian yang terkenal dinamakan 'Kucing Tidur'. Mungkin ada kaitan dengan kucing ini.... Kucing itu tak penting, yang penting ialah duriannya... Lepas PRU 12, kita cari durian kucing tidur.

Paklong berjanggut sedang menurunkan ilmu kepada Calon P007 Padang Terap. Sebelah beliau ialah Saudara Zun Awang Long Ceng. Seorang saudagar handphone, beras, gula, ikan dan minyak terkenal. Ya Allah... Murahkan rezeki, panjangkan umur dan matikan beliau dalam imaaan.

Gambar-gambar baru

Sunday, March 2, 2008

Bersama Ustaz Azizan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Setiausaha PAS Kedah Sdr Yusof Husin. Kedua-duanya banyak memberi tunjuk ajar kepada Ustaz Nasir. Ini adalah salah satu scene lawatan mengejut PJ ke MTD Pedu. Terima kasih, arigato, sese, swaddee, syukran, syukriya, thank you wahai pemimpin2 ku dan dan pemimpin ummat..

Program Bacaan Yaasin pada Jumaat lepas di Kuala Nerang. Ramai yang hadir untuk mengenali Ustaz Nasir dengan lebih denkat. terima Kasih ibu-ibu dan kakak semua..



Generasi Padang Terap akan datang. Adakah kehidupan mereka lebih terbela... Atau mereka hidup untuk membayar hutang yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin rakus mereka.. Hutang Negeri Kedah melebihi 1000 juta. Balak dah hampir habis dikaut.. ratusan lori balak merayap saban hari dari Hutan Daerah Padang Terap. Kawasan tadahan hujan terganggu, ekosistem terganggau, flora dan fauna terancam. Ya BN.... Biarkan??




Ustaz Nasir berbaju hijau kuning bergambar bersama satu team bolasepak kampung. Bersama bola baru... Main beb... Main musti sungguh2. ustaz Nasir pernah dilatih oleh penolong jurulatih Hijau Kuning Balachandran suatu ketika dulu. Peminat setia hijau kuning hingga kini...


Bersama Ustaz Azizan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Beliau ialah MB menanti... Sebelah kanan beliau ialah Ustaz Nasir. Sebelah Kiri ialah Pengerusi PKR Kedah merangkap Calon N 08 Pedu, kekanda Ir Zamri. Beliau ada juga pertalian keluarga dengan Ustaz Nasir. Tapi tak tau la berapa pupu..


Makhluk-makhluk 'kerdil' lagi Teraniaya di Padang Terap

Ikan-ikan berada di dalam akuarium. Berenang dan berenang..... Namun tak pernah sampai ke hujung. Hanya mengharapkan makanan yang disuap. Akuarium yang cantik.. tetapi sayang..

Burung Tiong Emas. Suaranya sedap, lidahnya boleh diasah dengan buluh ataui sejenis daun.

Akhirnya boleh bagi Salam. Tapi, burung mana ada faham....

Ayam ini sedang mengeram di dalam sejenis flora yang terkenal iaitu Tanduk Rusa. Boleh dijual dengan harga ratusan ringgit bahkan mencecah ribuan ringgit. Yang menyedihkan ialah ayam.... Mungkin sedang merenung memikirkan nasib generasi anak cucunya. Ia tidak mampu menikmati nikmat kemerdekaan. Semua hasil mahsul dikaut oleh pemimpin yang rakus dan kroni-kroni mereka.

KEMPEN 2 MAC USTAZ NASIR

Calon P007 Parlimen Padang Terap dari PAS dan UMNO. Ustaz Nasir Zakaria di kanan dan Dato' Ghazali di kiri. Perjumpaan yang harmoni. Penuh tertib dan mengasyikkan. Dato' Li sedang 'membalut' atau 'memintal' rokok daun. Sejenis rokok yang diisi dengan tembakau jawa. Dia juga sedang tersenyum kemalu-maluan.




Bersama Tuan Guru Pak Teh Mat. Seorang ulamak yang sangat berpengaruh di Daerah Padang Terap. Mengasaskan Sekolah Agama Ahmadiah Padang Nyior Kuala Nerang yang melahirkan ribuan pemimpin dan cendekiawan Islam Padang Terap. Juga mengasaskan pengajian pondok. Beliau sedang memimpin majlis Tahlil. Ustaz Nasir membacakan doanya. Manakal Dato' Li dah lama blah...



Bersama Saiful Idham. Ketua Pemuda Parti KeAdilan Rakyat Negeri Kedah di Majlis Ceramah di Kampung Kubang Kenyeng dalam UPU Tandop Besar.

Macam-macam

Friday, February 29, 2008

Tahukah tuan-tuan apa yang ditarik oleh budak kecil ini? Ia adalah seekor 'kerbau'. Satu permainan tradisional zaman dulu-dulu. Ia dibuat dari pelepah kelapa dan sabut buah kelapa. Ia setaraf dengan permainan galah panjang, congkak, tarik upih, main sorok-sorok atau acilut serta tahan cereding burung. Penulis tak sangka ia masih wujud ketika anak-anak sudah terdedah dengan teknologi maklumat dan permainan remote. Alangkah daifnya daerah terasing 'Padang Terap' ini.

Sebuah rumah yang hampir roboh. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah untuk rumah rakyat. Bukan untuk bail out kompeni kroni. persetankan rakyat.... perjuangan sesetengah pemimpin hanyalah UNTUK PERUT DAN BAWAH PERUT...

Ini ialah kepuk padi atau jelapang padi. tempat simpanan padi bagi keluarga yang mengerjakan bendang atau sawah. Setiap musim padi selepas padi di'perun', iaitu proses mengasingkan padi yang hampa atau tidak berisi dengan padi yang bernas atau baik. Proses memerun biasanya dibuat secara besar-besaran dengan menggunakan kipas yang akan dipusing menggunakan kaki. Selepas itu, padi akan disimpan di jelapanglah... Keluarga tersebut akan keluarkan sedikit demi sedikit padi untuk ditumbuk untuk mengasingkan kulit padi dan isi padi. Isi padi itulah dinamakan beras. padi yang berbaki di akhir musim akan dibuat kenduri. kalu disimpan terlalu lama, ia akan dinamakan padi usang. sekarang ia hanya sejarah... BERNAS DAH KONTROL PASARAN PADI.

Seekor burung terkukur. Ia adalah kegilaan sebahagian penduduk di sini. Suaranya adalah igauan pencinta seni suara burung. Kuk-kuknya adalh mimpi indah pemiliknya. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Hanya peminat burung yang mampu mengungkapkan ketagihan itu.... saya tak minat... macam siksa dia... Lagipun kakinya ditambat...


Beberapa ekor ayam. Zaman dulu menyabung ayam atau orang sini panggil 'berlaga ayam' adalah fenomena. Tengok ayam berlaga adalah satu kepuasan. Melihat ayam menikam lawan dengan paruh dan tajinya yang tajam adalah satu kesenian. kadang-kala taji disapu racun yang berbisa. Bila musuh ditikam, racun akan meresap, mematikan sistem orgam badan ayam, lalu ayampun terkeoklah. Zalim... dan zalimm...

Bendera- Perang Psikologi

Bendera PAS dan Barisan Nasional yang hidup bersama secara harmoni. Ada juga bendera PKR.

Gambar dacing dan keris telanjang sudah naik... Ertinya duit sudah 'turun'....

Gambar 1 Mac

Ustaz Nasir bersama Timbalan Pengarah MTD Pedu, Saudara Mohd Talib dan Aziz Shamsudin. Mereka adalah petugas yang segar dan setia.
Bersedia untuk menunaikan solat Jumaat. Gambar kanan sekali ialah Prof Politik Padang Terap, Ayahanda Yahya Saud; seorang pemimpin politik sejak zaman Dato Asri Muda, bekas Yang Dipertua Agung PAS. Dato Asri pernah bertanding di Palimen Padang Terap pada pilihanraya 1978 tetapi tewas 2000 undi. Kanan sekali ialah Pengarah MTD pedu merangkap AJK Kawasan. Beliau ialah Daud bin Salleh, aktivis gerakan Islam sejak sebelum merdeka.
Bergambar di hadapan pejabat MTD Kuala Nerang. Sebelum bertolak ke Masjid di salah sebuah masjid jami' di DUN Kuala Nerang untuk menunaikan solat Jumaat.
Mendengar nasihat dan pandangan bekas Calon PAS DUN Kuala Nerang pada tahun 1990. Ustaz Ghazali.

Menziarahi seorang penduduk padang Terap. Beliau ialah bekas Pengerusi JKKK kampung tersebut... Kata penyair Arab;"Alangkah ramainya orang yang sakit, tetapi tak juga mati, dan alangkah ramainya orang yang sihat, tiba-tiba mati takdak sebab".

LAGI KEMPEN Calon PAS sekitar Parlimen Padang Terap

Thursday, February 28, 2008

Poster Calon yang baru diedarkan ke seluruh Padang Terap

Tuan Haji Awang Samad Ali, satu fenomena baru Padang Terap. Bekas pimpinan UMNO Bahagian Padang Terap. 37 tahun dalam UMNO. Bersinting lengan membantu calon PAS dan PKR. Punyai pertalian keluarga dengan Ustaz Nasir. Beliau ialah Timb Ketua Bahagian PKR Padang Terap.
Bersama pemuda warga Thai di satu majlis. Tanpa takut dan bimbang. Sokongan padu dan terbuka kepada Ustaz Nasir dan Ir Zamri calon DUN Pedu. Mereka adalah bumiputera yang sama dengan Melayu. Turut teraniaya akibat sistem korup pujaan pemimpin Korup tak kira bangsa. Islam haramkan kezaliman kepada semua, tak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Hatta kepada binatang dan tumbuhan.


Makanlah wahai rakyat. Ini adalah makanan paling sedap bagi kamu. Pemimpin kamu adik dia ada Restoran Nasi kandar di Australia. Dia pergi rasmi ketika rakyat Johor bergelumang dengan musibah banjir besar. Kalau dia lapar dia pi makan di sana. Dia pi naik jet harga 235 juta. Kalau nak makan angin dia pi Turki Naik Kapal Layar nama Cobra dengan Jeane dia. Lepas sebulan restoran pun tutup. Awat jadi lagutu???


Bersama pemimpin masyarakat Thai. Dia berazam nak wujudkan Malaysia Baru. Tanpa takut, tanpa bimbang dan ragu. Ya... Malaysia Untuk Semua. Bukan lagi untuk pemimpin dan kroni sahaja.

Bersama Ust Samsuri Haji Ahmad. Seorang ulama yang berani dan tegas menyatakan kebenaran. Ketua UPU Kg Belukar. Beliau juga seorang pengamal perubatan Islam. Adik beradik Dato Dr Harun Din. Calon Parlimen Arau.
Para Petugas berani syahid PAS. Siang dan malam demi Islam

Calon dijamu selera dengan gulai ikan temenung campur terung. Fuhh, wa cakap lu. tangkap leleh. Ikan temenung pun dah RM6 lani. Tahun lepas RM3. Ya BN la katakan.... Barang Naik, Berapa Naik?, Banyak Naik, Bila Naik? LEPAS PILIHANRAYA PASTI NAIK. LEPAS TU APA LAGI NAIK? RAKYAT NAIK MINYAK!!

Ceramah Larut malam. Permintaan pemimpin BN dan UMNO. Mereka nak dengar jugak Ustaz Nasir. Biodata dan CD beliau habis dalam masa yang singkat. Mereka adalah kawan2, saudara-mara Ustaz Nasir.
Dua orang AJK PAS Kawasan Padang Terap. Hidup mati demi Islam
NYDP Tuan Haji Munir dan Ustaz Hanafiah seorang ulamak, aktivis dan pemimpin ummat di Daerah Padang Terap

Di salah satu Pos dan bilik Gerakan PAS. Berbincang dengan pemimpin tempatan untuk mencapai kemenangan dunia. Akhirat ganjaran menanti bagi mereka yang ikhlas.



 
Ustaz Nasir - Wordpress Themes is powered by WordPress. Theme designed by Web Hosting Geeks and Top WordPress Themes.
por Templates Novo Blogger